Laravel Certification Training

Latihan Pensijilan Laravel

Kenapa Laravel?

Laravel merupakan salah satu rangka kerja aplikasi web yang paling popular di dunia. Dibangunkan berasaskan bahasa pengaturcaraan PHP, ia menjadi tunjang kepada jutaan aplikasi web dengan sintaks yang elegan, kepantasan, dan kebolehpercayaan. 

Daripada syarikat pemula hingga ke perusahaan global, banyak organisasi memilih Laravel atas sebab-sebab berikut:

Pilihan Syarikat Terkemuka Dunia

slice12
slice11
slice10
slice9
slice8
slice7
slice6
slice5
slice4
slice3
slice2
slice1

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Pensijilan Laravel?

Pensijilan lebih daripada sekadar kelayakan—ia adalah bukti penguasaan anda dan membuka peluang kerjaya yang lebih baik. Dengan menjadi Pembangun Bertauliah Laravel, anda akan:

Kandungan Kursus

Berikut adalah modul-modul dalam kursus pensijilan Laravel ini.

  1. Getting Started
    Pengenalan kepada pemasangan Laravel, struktur projek, arahan artisan, kitaran permintaan (request lifecycle), autoloading, serta konfigurasi persekitaran.
  2. Architecture Concepts & Core Principles
    Merangkumi seni bina MVC, service container, service providers, facades, dependency injection, serta struktur dalaman Laravel.
  3. Routing, Controllers & Middleware
    Mempelajari kaedah dan kumpulan penghalaan, parameter laluan, jenis pengawal (tindakan tunggal, sumber), serta cara membina dan menggunakan middleware.
  4. Requests, Responses & Validation
    Menerangkan cara mengurus input dan output, menghasilkan respons, mengesahkan data menggunakan Form Requests dan peraturan tersuai, serta mengendalikan muat naik fail.
  5. Views, Blade & Templating
    Mendalami Blade templating, susun atur (layouts), komponen, view composers, dan cara penghantaran data yang cekap ke paparan.
  1. Databases, Migrations & Query Builder
    Menerangkan tentang migrasi, pembinaan skema, pengisian data (seeding), konfigurasi pangkalan data, serta penggunaan query builder untuk operasi CRUD dan pertanyaan lanjutan.
  2. Security, Authentication & Authorization
    Merangkumi CSRF, XSS, hashing, penyulitan, authentication scaffolding (guards dan providers), polisi, gates, serta perlindungan laluan.
  3. Eloquent ORM & Relationships
    Mengajar model, hubungan (relationships seperti one-to-one, one-to-many, many-to-many, polymorphic), accessors, mutators, scopes, dan eager loading.
  4. Intermediate Features
    Pengenalan kepada caching, acara dan pendengar (events and listeners), tugasan dan barisan kerja (jobs and queues), penjadualan tugas, penyiaran (broadcasting), serta notifikasi.
  5. Testing & Best Practices

    Panduan menulis ujian unit, ciri, dan HTTP menggunakan mocks dan fakes, di samping piawaian pengekodan, tip prestasi, strategi caching, serta persediaan peperiksaan.

Mengenai Certification for Laravel

Program Certification for Laravel mewujudkan lebih banyak peluang pasaran dan memberikan kelebihan kepada perniagaan serta pembangun yang memfokuskan kepada kerja-kerja Laravel. Program Certification for Laravel ialah sebuah program bebas yang dipacu oleh komuniti. Program ini dianggotai dan dilaksanankan oleh oleh beberapa ahli komuniti Laravel paling berpengaruh dari Eropah, Amerika Syarikat, dan rantau lain.

Nota: Pensijilan Laravel ini tidak dimiliki atau disokong oleh Laravel Holdings, Inc.

Mengenai Taming Tech Sdn Bhd

Taming Tech Sdn Bhd ialah penyedia latihan berdaftar dengan HRD Corp dan Certification for Laravel Education Partner bagi Pensijilan Laravel, yang mengkhusus dalam kursus IT dan pengaturcaraan. Syarikat latihan ini diasaskan oleh Iszuddin Ismail — yang terkenal dalam komuniti pembangun di Malaysia dan penulis buku 24 Jam Laravel, buku pengaturcaraan Laravel pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Bersedia untuk Menjadi Certified?