Laravel Certification Training
Latihan Pensijilan Laravel


Kenapa Laravel?
Laravel merupakan salah satu rangka kerja aplikasi web yang paling popular di dunia. Dibangunkan berasaskan bahasa pengaturcaraan PHP, ia menjadi tunjang kepada jutaan aplikasi web dengan sintaks yang elegan, kepantasan, dan kebolehpercayaan.
Daripada syarikat pemula hingga ke perusahaan global, banyak organisasi memilih Laravel atas sebab-sebab berikut:
- Pembangunan Pantas – Alat serta ciri terbina mempercepatkan proses penghantaran.
- Keselamatan Kukuh – Perlindungan terbina terhadap kerentanan umum.
- Skalabiliti & Prestasi – Mampu mengendalikan aplikasi kecil sehinggalah platform berskala perusahaan.
- Kepelbagaian Ekosistem – Horizon, Forge, Vapor, Nova dan banyak lagi untuk membantu keperluan setiap aspek pembangunan.
- Komuniti yang Matang – Inovasi berterusan dan sokongan jangka panjang, serta jumlah pengguna dan ahli komuniti yang ramai membantu dalam apa jua jenis isu yang dihadapi.
Pilihan Syarikat Terkemuka Dunia












Kenapa Anda Perlu Dapatkan Pensijilan Laravel?
Pensijilan lebih daripada sekadar kelayakan—ia adalah bukti penguasaan anda dan membuka peluang kerjaya yang lebih baik. Dengan menjadi Pembangun Bertauliah Laravel, anda akan:
- Mendapat pengiktirafan industri yang membezakan anda dalam pasaran kerja yang kompetitif.
- Membina kepercayaan majikan dengan mengesahkan kemahiran anda melalui rangka kerja yang dihormati di peringkat global.
- Menunjukkan kepakaran praktikal yang bersedia untuk pekerjaan dalam pembangunan web moden.
- Membuka peluang kepada jawatan dengan gaji lebih tinggi dan peluang kerja bebas (freelance).
Kandungan Kursus
Berikut adalah modul-modul dalam kursus pensijilan Laravel ini.
- Getting Started
Pengenalan kepada pemasangan Laravel, struktur projek, arahan artisan, kitaran permintaan (request lifecycle), autoloading, serta konfigurasi persekitaran. - Architecture Concepts & Core Principles
Merangkumi seni bina MVC, service container, service providers, facades, dependency injection, serta struktur dalaman Laravel. - Routing, Controllers & Middleware
Mempelajari kaedah dan kumpulan penghalaan, parameter laluan, jenis pengawal (tindakan tunggal, sumber), serta cara membina dan menggunakan middleware. - Requests, Responses & Validation
Menerangkan cara mengurus input dan output, menghasilkan respons, mengesahkan data menggunakan Form Requests dan peraturan tersuai, serta mengendalikan muat naik fail. - Views, Blade & Templating
Mendalami Blade templating, susun atur (layouts), komponen, view composers, dan cara penghantaran data yang cekap ke paparan.
- Databases, Migrations & Query Builder
Menerangkan tentang migrasi, pembinaan skema, pengisian data (seeding), konfigurasi pangkalan data, serta penggunaan query builder untuk operasi CRUD dan pertanyaan lanjutan. - Security, Authentication & Authorization
Merangkumi CSRF, XSS, hashing, penyulitan, authentication scaffolding (guards dan providers), polisi, gates, serta perlindungan laluan. - Eloquent ORM & Relationships
Mengajar model, hubungan (relationships seperti one-to-one, one-to-many, many-to-many, polymorphic), accessors, mutators, scopes, dan eager loading. - Intermediate Features
Pengenalan kepada caching, acara dan pendengar (events and listeners), tugasan dan barisan kerja (jobs and queues), penjadualan tugas, penyiaran (broadcasting), serta notifikasi. - Testing & Best Practices
Panduan menulis ujian unit, ciri, dan HTTP menggunakan mocks dan fakes, di samping piawaian pengekodan, tip prestasi, strategi caching, serta persediaan peperiksaan.
Mengenai Certification for Laravel
Program Certification for Laravel mewujudkan lebih banyak peluang pasaran dan memberikan kelebihan kepada perniagaan serta pembangun yang memfokuskan kepada kerja-kerja Laravel. Program Certification for Laravel ialah sebuah program bebas yang dipacu oleh komuniti. Program ini dianggotai dan dilaksanankan oleh oleh beberapa ahli komuniti Laravel paling berpengaruh dari Eropah, Amerika Syarikat, dan rantau lain.
Nota: Pensijilan Laravel ini tidak dimiliki atau disokong oleh Laravel Holdings, Inc.










Mengenai Taming Tech Sdn Bhd
Taming Tech Sdn Bhd ialah penyedia latihan berdaftar dengan HRD Corp dan Certification for Laravel Education Partner bagi Pensijilan Laravel, yang mengkhusus dalam kursus IT dan pengaturcaraan. Syarikat latihan ini diasaskan oleh Iszuddin Ismail — yang terkenal dalam komuniti pembangun di Malaysia dan penulis buku 24 Jam Laravel, buku pengaturcaraan Laravel pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu.